MasterPiece

Tuesday, July 18, 2006

DITUJUKAN KHAS BUAT ALLAHYARHAM ZAIRUL AZWAN ZAKARIA

Hari berganti hari
Masa terus berlalu
Ku masih mancari
Realiti kehilanganmu
Sahabat Sejati

Kehadiranmu bagaikan purnama
Menghias alam ceria
Berkelip bintang diangkasa
Menambah seri gemilang suasana

Kini kau tiada
Buat selamanya
Ke rusa sepi sekali
Bagaikan gelap dunia…..sementara
Tanpa dirimu
Hatiku terbelunggu!

Kini rindu berteduh sebalik khayalan
Bagaikan arus gelombang
Mencipta keributan, mencari kewarasan
Berkali kali tangisan kucurahkan
Reda hanya untukmu
Terlupa bahawa kau dah diabadikan

Maafkanlah temanku kerna kumerintih kehilanganmu
Biarpun kurelakan takdirNYA,
Namun kau tak bisa ku lupa
Kerna kau teman sejati
Aku dah sedari kau tak mungkin kutemukan lagi…selamanya
Moga kau damai disana….

YA ALLAH CUCURILAH RAHMAT KEATAS ROHNYA

Cindai Milan
16 September 1997

0 Comments:

Post a Comment

<< Home